Pages

Sunday 26 January 2014

Mahabah Ukhuwah Fillah


DAPATKAN BUTTON BADGE ISLAMIK 

" MAHABAH UKHUWAH FILLAH " 

    DARI MUEEZA STUDIO  







Para remaja semestinya tidak sunyi daripada kisah suka-duka dalam persahabatan. Pada zaman muda inilah para remaja mulai berjinak-jinak dalam memahami erti dunia yang sebenar iaitu melalui pelbagai ragam sahabat di sekeliling. Tidak dapat dinafikan dengan bertemu dengan pelbagai ragam manusia juga dapat mematangkan kita.Contohnya,sahabat yang kaki menipu untuk memijam wang daripada kita, sahabat yang pecah amanah dan seumpamanya. Apabila kita sudah berasa perit ditipu kita akan lebih teliti dalam memberikan bantuan agar kelak pisang tidak berbuah lagi. Jadikan sejarah sebagai pelajaran untuk lebih matang pada masa hadapan. 

Oleh yang demikian, para remaja perlu bijak memilih sahabat iaitu yang baik dari segi hubunganya dengan Allah dan manusia. Tetapi , jangan pula meminggirkan atau memandang serong dengan mereka yang kurang perhatian agamanya mahupun mereka yang bukan seagama dengan kita. Kelak, akan dilabel sebagai orang yang sombong. Jangan dibuat "geng" dalam soal perhubungan ini, "geng tudung labuh" hanya untuk para muslimah, "geng skema" untuk budak pandai dan rajin belajar dan pelbagai lagi jenis geng-geng yang dibuat remaja.

 Kalau semua hidup berdasarkan geng seperti ini mana mungkin islam mahu maju kerana umatnya sendiri tidak mahu bersatu padu dek kerana perbezaan taraf.. Maksud saya di sini, para remaja perlu tahu batas-batas pergaulan di antara mereka dengan selamat dan bijak iaitu mengetahui antara halal dan haram, baik dan buruk serta dosa dan pahala. Bergaul pada kadar sederhana seperti bertanya khabar,beriadah bersama dan sebagainya supaya tidak dilabel sekumpulan , terpalit akhlak-ahlak buruknya atau terjemurus bersama dalam kelalaian dan seumpamanya. Apabila mereka melalukan kemungkaran, berdakwahlah kepada mereka dengan cara berhemah. Ingat, jadilah sahabat yang selamat(teguh pendirian agamanya) dan yang mampu menyelamatkan( amar makruf nahi mungkar ). 

Para remaja perlu telitikan nilai persahabatn yang dijalankan dengan mereka di sekeliling,adakah ia berunsurkan islam atau berunsurkan nilai-nilai jahiliyah.Berikut saya ceritakan secara ringkas mengenai 2 jenis ukhuwah iaitu ukhuwah islamiyah dan ukhuwah jahiliyah.



Ukhuwah Islamiyah


Al syahid Hassan al banna telah mendefinasikan ukhuwayah islamiyah sebagai satu keterikatan jiwa atas dasar aqidah.Ukhuwah islamiyah ini bersifat ikhlas kerana Allah.Maka, segala yang dilakukan akan berpusat untuk mencari redha Allah.Ianya bersifat tenang walaupun diuji dengan musibah kerana berpegang dengan kosep "innalillah hiwaina ilahi rojium", hanya kepada Allah hidup dan dimatikan. Interaksi dalam ukhuwah ini akan saling mendokong antara satu sama lain demi kecermerlangan dunia dan akhirat,jika berat sama di pikul,ringan sama dijinjing. Dasar persamaan taraf merupakan tunjang kepada ukhuwah ini. Nilai kasih-sayang,toleransi,hormat-menghormati,dan seumpamanya memenuhi jalinan ukhuwah ini.



Ukhuwah Jahiliyah

Lawan kepada ukhuwah islamiyah ini adalah ukhuwah jahiliyah di mana persahabatan yang dijalinkan bermotifkan, harta, pangkat, nama atau pelbagai manfaat dunia yang jauh daripada mencari redha Allah. Oleh kerana ingin dilabel kelas atasan,maka seseorang itu cenderung untuk bergaul dengan golongan Dato, Jutawan, selebriti ternama dan seumpamanya. Apabila bermotifkan dunia semestinya golongan ini cenderung dengan sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, riak, munafik dan sebagainya kerana mata hati mereka sudah tertutup untuk mengingati ancaman-ancaman akhirat akan balasan akhlak buruk. Jangka masa untuk ukhuwah ini sering tidak bertahan dan selalu berlaku rasa tidak puas hati mahupun permusuhan kerana jauh daripada pegangan syiar islam.



Dalam proses berukhuwah ini terdapat beberapa peringkat-peringkat iaitu:

1.Ta’aruf (saling mengenal)

2.Tafahum (saling memahami

3.Ta’awun ( saling membantu )

4.Takaful ( saling menjamin )

5.Ihtisan ( saling melebihkan )


Huraianya, seorang muslim itu harus saling mengenali sahabatnya seperti latar belakang diri serta keluarganya.Kemudian memahami keadaan sahabatnya seperti keadan fizikal,emosi keperluan dan sebagainya jika ia serba kekurangan haruslah dibantu agar masing-masing berasa dihargai dan kemudian akan ke peringkat saling menjamin iaitu segala perkara akan dikongsi apabila susah mahupun senang. Seterusnya akan meningkat kepada pucak ukhuwah iaitu ihtisan. Ihtisan adalah bukti kecintaan seorang sahabat, mungkin seseorang sahabat itu boleh mencapai peringkat memahami( tafahum) tetapi tidak ke peringkat ihtisan kerana kecintaan terhadap sahabatnya tidak melebihi dirinya sendiri. Ini bersesuaian dengan hadis Rasullulah:

 ' Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah
 dia mengasihi sahabatnya melebihi dirinya sendiri ."

 Kisah Menyayat Hati
Ihtisan Abu bakar terhadap Rasullulah saw

Apabila sudah mencapai tahap ihtisan, seseorang itu sanggup berlapar untuk mengenyangkan orang lain, sanggup berjaga bagi membiarkan sahabat lena berehat. Ganjaran bahkan pujian tidak diharapkan tetapi redha illahi yang dicari, inilah tanda kasih sayang ikhlas kerana Allah. Abu bakar adalah contoh sahabat baginda s.a.w yang telah mencapai tahap ihtisan. Rasullullah saw pernah bersembunyi di gua Tsur bersama Abu Bakar ketika saat pertama kali brhijrah.Rasullullah bersandar dan beristirahat bersama abu bakar di dalam gua tersebut.Tiba-tiba seeokor ular perlahan-lahan mendekati kaki Abu Bakar,Abu bakar menyedari kehadiran ular tersebut dan ingin menarik kedua-dua kakinya untuk mengelak daripada ular tersebut. Tetapi Abu bakar tidak sampai hati berbuat demikian kerana ia akan membangunkan Rasulullah s.aw yang sedang berehat. Ular tersebut mengigit pergelangan kaki Abu bakar, beliau merasa pedih tetapi tidak juga mengalihkan kakinya itu. Setelah itu, ular itu berlalu pergi dan tubuh badan abu bakar mula berasa pedih kerana bisa ular itu sudah merebak. Abu bakar diam-diam menagis.Tanpa segaja air matanya telah terkena pada tubuh Rasullullah,maka rasullullah pun terjaga dan melihat Abu bakar menagis.Abu bakar menceritakan hal ular tersebut kepada Rasullulah,seraya itu Rasullulah mengubati bisa ular tersebut dan menyatakan rasa syukur kepada Allah kerana dikurnikan sahabat seperti Abu Bakar.Subhanallah, sungguh indah kisah persahabatan Abu bakar dan Baginda saw. Bisa ular tersebut mungkin saja meragut nyawa Abu Bakar tetapi ia tidak mengendahkanya bahkan lebih mementingkan Baginda saw untuk berehat dengan tenang. Mari para remaja berkasih-sayang seperti Abu bakar dan Rasulullah , moga-moga persahabatn yang terjalin sehingga ke syurga.

Ajaran islam adalah yang terbaik dan sesuai dengan fitrah manusia,maka praktikanlah ia berpandukan al-quran dan hadis.

 Antara hikmah berukhuwah secara islamiyah ialah :

Taqarub dengan Allah.

Nikmat dalam ukhuwah islamiyah dapat dilihat apabila seseorang itu cenderung untuk mengingati Allah apabila bersama sahabatnya. Contohnya pada pergaulan dan percakapan sahabat kita yang sopan dan berbudi bahasa, akan mengingatkan kita pada sifat Allah yang penyantun ( Al-Halim ). Apabila melihat kehidupanya tidak lengkang dalam menghidupkan sunnah nabi Muhammad Saw, lalu ia mendorong kita mengerjakanya sekali. Ukhuwah secara islamiyah ini akan sering ingat-mengingati dan berpesan-pesan agar tidak leka dalam membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Hasil ukhuwah islamiyah akan membolehkan kita lebih dekat dengan Allah.

Hasanah dunia dan Akhirat.

Memiliki sahabat yang soleh dan solehah merupakan satu nikmat daripada Allah.Nikmat ini membawa hasanah di dunia dan juga di akhirat. Nabi saw telah bersabda " Seorang mukmim itu akan terikut-ikut dengan perangai seorang mukmin yang lain." Maka jika kita bersahabat dengan orang yang baik, kita juga akan cenderung untuk berubah menjadi baik. Hasanah di akhirat juga boleh diperolehi berikutan hadis Rasullulah s.a.w, "Antara 7 golongan yang akan dinaugi Allah pada hari yang tiada nauganya ialah dua orang yang saling berkasih-sayang keranaku,bertemu-dan berpisah keranaku". Begitu hebat kuasa kasih-sayang ini, jadi jangalah jemu dalam menyebarkan kasih-sayang di antara seluruh manusia.Sesunggunya Allah itu maha pengasih dan maha penyanyang,dan mahukan kita juga bersifat kasih dan sayang sesama hambanya.

Selain itu,saya ingin berkongsikan beberapa
  Panduan dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah agar berpanjangan dan meraih kasih Allah.

1.Menyatakan rasa sayang.

Rasullulah bersabda

" Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya,beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya." 

Mungkin sahabat kita tidak menyedari bahawa kita amat memerlukan perhatian dan kasih-sayang daripada dirinya, Maka ucapkanlah rasa sayang dan setelah itu tunjukanlah rasa kasih sayang itu melalui perbuatan seperti mendengar luahan hati, memberikan bantuan apabila sahabt mengalami kesukaran.

2. Saling memberi dan bertukar hadiah.

Manusia yang gembira adalah mereka yang paling banyak memberi.Perasan itu akan dirasai apabila melihat wajah penerimanya, terukir senyuman.Apabila kita memberi hadiah ia akan mengeratkan hubungan yang terjalin kerana diri akan lebih rasa dihargai melalui perbuatan yang ditunjukan berbanding hanya percakapan. Hadiah yang boleh disimpan atau digunakan merupakan satu kelebihan di mana ia akan berterusan memberi manfaat kepada pemiliknya dan berfungsi sebagai kenang-kenangan. Niatkanlah kerana Allah untuk mendapat ganjaran ibadah ,maka kita akan mendapat dua ganjaran iaitu ganjaran kerana Allah dan mengeratkan sillaturohim. Pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan bukan?

3. Mengutamakan Sahabat

Nabi saw bersabda :

 "Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga.Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa saudaranya, maka Allah akan melepaskanya daripada kesusahan di akhirat kelak."

Ternyata Allah tidak hanya menitikberatkan soal ibadah semata-mata tetapi juga mementingkan hambanya agar perihatin akan keperluan dan keadaan hambaNya yang lain. Jika kita melihat kekurangan pada sahabat kita,meskipun mereka tidak meminta, cukupkanlah kekuranganya itu.Hidup tidak selalu di atas,apabila kita diberi nikmat tambahkankah rasa syukur dengan cara menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

4.Saling berdoa untuk sahabat

Antara ciri-ciri doa yang makbul adalah doa sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa pengetahuaanya.Pohonkan doa agar persahabatan yang terjalin kekal berpanjangan,beroleh kejayaan dunia dan akhirat , senantiasa sihat dan selamat.

5. Saling bertanya khabar dan menziarahi

Apabila diuji dengan perpisahan, jangan dinoktahkan persahabat yang terjalin.Jangan juga dibiarkan persahabatan sunyi tanpa khabar berita dan gelak tawa.Tunjukan rasa perihatin dan komitment kita dalam persahabatn dengan menghubungi melalui panggilan Telephone, video call , facebook ataupun pelbagai alat komunikasi canggih yang sedia ada . Amalan ziarah-mengziarahi juga boleh dilakukan jika berkesempatan.

6. Saling bepesan-pesan.

Allah telah berfirman " Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali mereka yang berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran". Jika jauh menyimpang daripada jalan lurus ,pimpinlah ke jalan pulang, jika terleka dengan bisikan dunia, berpesanlah dengan firman Tuhan. Apabila kita saling berpesan-pesan,maka kita akan terselamat daripada godaan syaitan yang sentiasa mencuri peluang menyesatkan anak Adam.

7. Mempamerkan senyuman dan salam.

Senyum itu mudah lagi indah tetapi jarang mereka yang mampu untuk senyum sehinggakan diiklan di televison agar masyarakat membudayakan amalan murni tersebut. Senyum itu ada dua bahagian,pertama,senyum kerana gembira dan yang kedua senyum kerana ingin mengembirakan. Senyum kedua ini membuktikan keperihatinan kita terhadap sahabat yang lain, walaupun kita diuji dengan rasa sedih ataupun marah tetapi kita masih mampu bersedekah dengan memberikan senyuman. Memberikan salam bermaksud mendoakan kesejahteraan kepada penerima salam tersebut. Malangnya remaja kini lebih gemar menggunakan bahasa santai seperti "hello", "Oi" , Whats up? dan sebagainya.Berikanlah salam dan berjabat tangan antara kedua-duanya. Rasullulah bersabda :

 "Tidak ada dua orang yang bertemu kemudian mereka berjabat tangan melainkan mereka akan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum berpisah."

8. Melazimi berjemaah

Hadis ada menyebut keberkatan Allah itu bersama dengan para jemaah. Berjemaahlah dalam solat, berzikir, makan mahupun mengulangkaji pelajaran. Senario para remaja kini, lebih gemar bersendirian atas alasan lebih cepat , tidak mahu diganggu , leceh dan sebaginya. Amalan berjemaah merupakan amalan Baginda saw dalam semua perkara dan ia merupakan lambang perpaduaan umat islam. Semestinya umat islam akan lebih kuat jika amalan berjemaah ini dipraktikkan dalam semua perkara.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Allah swt berfirman yang bermaksud

 " Orang yang berkasih-sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang yang saling berhubung kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu." 


Apabila Allah sudah sayang semestinya orang di sekeliling juga pasti akan sayang dan berasa senang bergaul dengan kita. Diharap para remaja dapat melalui keindahan ukhuwah islamiyah ini bersama sahabat dan pada masa yang sama tidak melupakan ukhuwah yang asas iaitu antara keluarga mereka. Utamakalah keluarga dalam apa juga situasi kerana mereka adalah darah daging kita sendiri. Mari sebarkan cinta kepada Allah menerusi jalinan ukhuwah islamiyah sesama umat islam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...