Pages

Sunday, 5 January 2014

Drama K-pop islamik-Aku Ada Wali

Novel AKU ADA WALI


Novel hasil penulisan kreatif,santai dan padat dengan nilai-nilai Islamik oleh

Ustazah Fatimah Syarha.

Antum semua kenal tak Ustazah ?
Karya Ustazah yang paling meletup waktu mula-mula ana kenali dia ialah 
"Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"
Ustazah ni sangat romantik  dengan bait-bait katanya  mudah,lembut dan penuh dengan didikan.
Paling ana kagum dengan Ustazah ini ialah ketegasan dia dalam perhubungan.

Cinta..
Hal yang paling dijaga Ustazah
Dia sangat menjaga hati supaya tidak terbuai dengan tipu dana CINTA
CINTA hanya selepas nikah
Itulah perjuangan Ustazah
Ustazah dia "walk the talk"
means that
dia buat apa yang dia kata 
Ini adalah satu dakwah ,di mana manusia akan
lebih terkesan dengan dakwah dari bentuk akhlak dan perbuatan
daripada senjata kata-kata sahaja.

Kisah ringkas Ustazah dengan suaminya.
Jejaka yang tidak dikenali datang mahu menikah dengan cara terhormat
mengenali walinya kemudian terus bernikah.

Kisah cinta mereka boleh dirakamkan di dalam novel
" CINTA HIGH CLASS"
di mana ia merupakan kesinambungan 
novel "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul"



Lihat kebahagian mereka disertai 2 cahaya mata :)



Ingatlah pesanan ini
" Jagalah Allah,Allah pasti menjagamu"

Ustazah tidak mahu  hubunganya dengan Allah terganggu dek kerana
cinta yang haram iaitu tanpa ikatan nikah.
maka dia sanggup bernikah dengan lelaki yang tidak dikenali malah dilihatnya langsung.
Hasil prinsip itu tadi..
Allah telah memilih suami yg setanding dengan Ustazah
yang juga menjaga perhubungan

Yakin

Lelaki yang baik pasti untuk Wanita yang Baik
begitulah sebaliknya.


Ustazah juga aktif berbloging..mari follow ustazah :


SINOPSIS CERITA


SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.

---

Manfaat Buku Ini:

1. Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. 
Hadapi ia dengan ketabahan.

2. Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk
 menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.

3. Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, 
cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.

4. Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. 
Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.

5. Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di 
hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.

6. Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.

7. Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.

8. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama 
ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.


Sumber : Sebarkan Bahagia Online


------------------------------- AKU ADA WALI- DRAMA   ----------------------------



Setiap Selasa 
10 Malam
TV Al-Hijrah

Apa yang memberi kelainan kepada Drama Aku Ada Wali, ialah, 
'contain' kefahaman Islam dipersembahkan dalam 'container' drama Korea, 
komedi, berfakta, 'young n cute'. 



          Wanita mesti jual mahal-adegan Drama


orang dari Korea datang ke majlis perkahwinan Syumaila




Pelakon2- Zahiril Adzim dan @Zoey Rahman, Shawal Afdlm.



mengikut FB penerbit- 70% lokasi drama di KOREA!.

Ha..mari sokong drama Islamik
saya pasti banyak pengajaran yang boleh diambil daripada drama ini

Kerana Dirimu bergitu berharga oh Wanita!
Pertahankan cinta mu yang halal buat suami.

Ayuh!.cinta selepas nikah :)

Video Trailer



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...