Khas utk mereka yang sedang menghadapi ujian akhir di IPTA/IPTS
Ujian memandu JPJ ke...ujian temuduga
ujian hidup..dan pelbagai ujian...
DO YOUR BEST!
ALLAH WILL DO THE REST!
INGAT KONSEP
----------------------- D.U.I.T -------------------
D- Doa
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim). Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin,
U- Usaha
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud)...
Nah..sedangkan Nabi Pesuruh Allah yang ada mukjizat dan doa yang makbul itu juga berusaha dengan tenaganya mencari rezeki,apatah lagi manusia biasa seperti kita ni?
I- Istiqamah
Sebaik-sebaik perkara adalah yang berterusan atau Istiqamah..Istiqamah bermaksud berterusan.
Dalam kehidupan ini.kita perlu sentiasa berusaha dengan berterusan..jangan berhenti kerna kejayaan
mungkin hanya sedikit sahaja lagi..
T- Tawakal
Tawakal adalah berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Tawakal jauh daripada sikap " Pasrah".iaitu membiarkan apa-apa terjadi tanpa mengambil sebarang tindakan.
“Seandainya kalian betul-betul bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan
memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali sore harinya dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Al Hakim. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalamSilsilah Ash Shohihah no. 310)
Perhatikanlah firman Allah Ta’ala (yang ertinya), “Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaaq [65]: 2-3). Al Qurtubi dalam Al Jami’ Liahkamil Qur’anmengatakan, “Barang siapa menyerahkan urusannya sepenuhnya kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluanya.
Tawakal adalah seperti kebergantungan,penyandaran kepada Allah atas sesuatu urusan setelah berusha.
Ia merupakan proses akhir bukanya proses awalan. Di mana belum cuba sudah tawakal.
Semoga dapat membuka minda2 pembaca sekalian.
Motivasi yang terbaik datangnya daripada Quran dan Hadis
Maka,seeloknya kita manfaatkan dan amalkan bersama-sama
ajaran daripadanya.
No comments:
Post a Comment