Mustolah Hadis( Pengenalan Hadis)
Biasakah kita dengar ungkapan seperti hadis sahih, sahih hasan, hasan, dhaif jiddan, hadis mursal, atsar serta banyak lagi istilah teknikal berkenaan hadis & kita terpinga-pinga memahaminya?
InshaAllah, Malaysia Reverted Muslim MRM yang pernah anjurkan Street Dakwah yang saya join ( search di older post) akan mengadakan kuliah bersiri Mustolah Hadis (Pengenalan Ilmu Hadis) yang akan disampaikan oleh
Penasihat MRM iaitu Ustaz Razali Tahir
akan bermula pada Sabtu, 25hb Januari 2014 dari jam 5.00pm-7.00pm
bertempat di Pusat Da'wah & Bimbingan Islam MRM di Desa Setapak, Wangsa Maju.
TIADA bayaran dikenakan untuk kuliah bersiri ini.
Kaedah yang digunakan adalah amat mudah difahami dan amat sesuai untuk setiap peringkat pemahaman walaupun tanpa ilmu bahasa Arab. Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi nombor yang tertera di poster untuk pengesahan kerana tempat adalah terhad atau utk maklumat lanjut.
"Mustolah hadis ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud al-Ramahramzi."
Di sini..saya sertakan ringkasan
Kepentingan Mempelajari Ilmu Hadis
Kepentingan Pertama:
Hadis Adalah Sumber Perundangan Islam
Kepentingan Kedua :
Hadis Adalah Penerangan Kepada Al-Qur’anul Karim
Kepentingan Ketiga:
Hadis Diperlukan Dalam Semua Cabangan Ilmu
Kepentingan Keempat:
Mengenali Kesahihan Hadis
Kepentingan Kelima:
Mengelakkan Pendustaan (sekalipun tanpa sengaja) Dalam Hadis
Semoga Allah pilih kita untuk menghadiri majlis-majlis ilmu
No comments:
Post a Comment