Pages

Tuesday, 21 January 2014

Dari gamer ke Jutawaan di usia 19tahun!


Anda pernah kunyah snek rumpai laut berperisa jenama
Tao Kae Noi( bos kecil)?

Rasa dia
Ranggup eeeyhh..
krak..krak..
sedap tapi sikit :"(



Kunyah memang sedap naaa..tau dok yang buat tu
budak baru habis spm la jugak
budak 19tahun
punyalah susah nak start berniaga ni..

Ni dia Jutawan Muda

Aitthipat Kulapongvanich



Budak yang degil bermanfaat. Degil dalam berniaga ialah tidak berputus asa!

Ok oleh kerana kisah dia yang menyayat hati dan penuh dengan
inspirasi.maka terbitlah movie The billionaire..
di akhir post ada link movie

Al-kisah.

Aitthipat Kulapongvanich asalnya hanya suka ponteng sekolah dan bermain permainan video. .Mak dan Ayahnya merupakan ahli perniagaan MUFLIS..kalau dah muflis itu dah kira xberniaga la kan. Apalah BM ku niiii!!..hihhii..Jadi mereka berhutang 40K dan hidup dikejar pemiutang.Top(nama english) rasa sedih dengan keadaan ibu bapanya jadi  timbul semangat HERO keluarga ingin membantu mencari duit dengan berniaga sendiri. Mak dan Ayah Top lari ke hong kong tetapi Top degil,dia yakin dia dapat cari duit dan dia pun start berniaga buah berangan.

Dia menyewa mesin dan berniaga di Tesco.Biasalah berniaga pasti diuji.Untung tak kemana..
pihak pengurus pula tidak suka gerai Top yang menyebabkan syiling mall bertukar warna dan juga asap 
yang keluar ketika membakar buah berangan menganggu pengunjung.
Gerai Top ditutup dan Top berhenti berniaga buah berangan. Keciwa punya keciwa 
timbul pula peluang. Satu hari girlfriend Top berikan Top makanan dr korea xsilap
rumpai laut kering(seaweed) Sambil kunyah laju2,Top terfikir untuk buat biznes.
Dia pun cuba buat resepi khas dr seaweed 40 ribu kali percubaan dr 40 ribu imported seaweed
GAGAL..tetapi akhirnya dia berjaya. Masalah lain pula yang timbul.
Dia perlukan pemasaran dan terfikir 7ELEVEN yang mempunyai
30 ribu cawangan di Thailand. Sesi temuduga di 7ELEVEN bagi tender
meletakan produk menjadi GAGAL.
kesian.keciwa..apakah yang berlaku seterusnya?
hihiih.....yang seterusnya pergi tonton sendiri.
Tetapi yang pasti
Pelbagai kegagalan berlaku dalam proses
 dia menjadi Jutawan tetapi disebabkan dia tidak putus asa akhirnya
 dia berjaya dan anda dapat makan 
hasil titik peluh dia....I mean bukan seaweed itu dicampur peluh die
tetapi hasil tenaga dia berusaha.



Kalau terpandang packaging die atau makan seaweed ni
Hati akan terus terasa aura.
rasa semangat..dan keluarlah visual-visual
or montage dr movie Top ni dlm 
kepala ini...

hurmmm..kagum2.

kalau dia boleh berjaya 
InsyAllah kita boleh
tak Jutawan dunia
Jutawan akhirat
dan yang penting cari duit sendiri daripada
minta pada mak dan ayah.
Itu prinsipku.


Top Story

Top bercerita tentang kisahnya dalam buku.
Ringkasan


Duit dtg dari pelbagai cara..yang mudah/duduk rilex dpt duit atau susah dgn usaha?



Ya.itu juga apa yg diajar mentor Irfan Khairi. Kita perlu sentiasa fikir positif.
Dia mana ada masalah di situ ada peluang.
Peluang dalam perniagaan atau yg tak berkaitan dgn berniaga pun
peluang untuk baiki diri. Ingat, Tarbiyah Allah.


Jangan dengar bisikan negatif..Diri anda yang menentukan kejayaan.



Dalam kes ni Top terasa sedikit kecelaruan.
Rethink..




Waktu stage ini..Top tidak tidur sebab nak siapkan beribu-ribu seaweed untuk 7ELEVEN.
Tetapi dai terlewatttt..apakah nasibnya?tonton  untuk jawapan.



Top banyak berguru dengan bertanya kepada sesiapa sahaja. Walaupun pakcik di tepi jalan.





Teringat Irfan khairi " Nak berjaya tak perlu cuba puaskan hati semua orang"



Bagai orang mengantuk diberi bantal tambah pasang air cond.
dapat pula marketing dengan publisiti di television..
dan kemudian produk Top menjadi semakin popular.

Jutawan muda
Dia telah pun membeli tanah di korea sbagai ladang tanaman seaweed
Mengeksport produk ke negara kita,singapura,hong kong china korea Us dan byk lg.


Semoga Allah lahirkan Jutawan Muslim seperti Top
dan berikan kejayaan kepada anda juga :)


Mari tonton sambil kunyah seaweed


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...