Pages

Saturday 28 December 2013

Syafakallah Sahabat Syurga



 Sahabat ana yang sakit..berpantang makan..hanya makan bubur kosong dengan ikan bilis je,
Sahabat ana ni sakit kayap..kerana risaukanya.ana balik lah melawat di kampung..

Petua rawat kayap yang moyang sahabat ana ajarkan adalah dengan menggunakan sireh dan semburkan air sireh ke luka2 kayap.seeloknya kunyah sireh sehingga keluar airnya..klau tumbuk susah sikit air nak keluar..
semoga Allah menjaganya...sangat risaukan dia.

Friday 27 December 2013

Sahabatku haiwan


Hidupku di Uitm sangatlah kosong..xde geng sekepala.nak hang out xde member..kwn-kwn sediploma semua da part 5 da.ana jela yang baru masuk uitm..Bosan xde member nak borak nak bermain-main..
ana pun main la dengan meow..meow ni klau ana bali sibuk la dia nak masuk uma..huu.
comel sgt dieee..gemuk mcm garfield.




             
                                                                          Hai.my name is gemok


 Rumah yg sunyi diceriakan oleh meow..meow main lari2 dlm bilik..


                Meow ni berstocking putih ....semua kaki dia ada..


  Ok ni sahabat ikan ana pula..ana bagi nama mereka naimah.haha.suka ati je..


Dua bungkus roti pun xckup.banyak sgt ikan...


  Bergaduh ikan2 ni.ikan kecik la kesian sampai tercampak berebut ikan..haa..

Wednesday 25 December 2013

Hukum Hari Christmas


Hari Natal/Christmas disambut 25 Disember setiap tahun..Perayaan Xmas ni untuk orang kafir je sebab hari ini adalah sempena memperingati kelahiran Nabi Isa. Tetapi yang pelik orang Melayu ni sibuk nak wish Selamat Hari Christmas kat status lah..padahal xde kwn non muslim..nak pakai baju santa lah..dan mcm2 lg.

Ustaz Azhar Idrus kata orang Melayu Islam ni pelik sebab semua perayaan dia nak sambut..
Ada ke kat New York disambut Awal Muharam?
xde kan...xde pesta besar-besaran.....sebab mereka xmempercayainya.

Sama lah kita.
Kalau kita merayai Hari Chirstmas ini bererti kita
percaya yang Nabi Isa dilahirkan pada 25 Disember.






Big Boh Ustaz AAzhar Idrus bagi tips lau nak sambut apa2 perayaan kena perhatikan sejarah perayaan itu.

  • Jika perayaan agama Haram
  • Jika perayaan budaya Harus
Cth perayaan Agama- Cap Goh Meh,Merry Christmas
Cth perayaan Budaya- Gong Xi Fa Cai(Tahun Baru Cina)


Banyak khilaf dalam menafsirkan hukum sambutan perayaan orang kafir ni
mengikut UIA-nak selamat cakap TAHNIAH!
Senang je kan?..1 ayat selesai semua
Kalau ucap Selamat xdibolehkan
kerana tiada ucapan salam iaitu seerti selamat untuk orang kafir.

Kdg2 benda mcmni pun leh bawak gaduh.ko salah ni salah..itu salah..bincang elok2.
Jangan sukarkan benda yang mudah..
tgk jawapan Ustaz Azhar..sempoi jeee..senang nak ikut dan faham.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

“Mudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan.”
 Mahfum hadith riwayat al-Bukhari.

Jom jadi bijak!!


Petikan FB UIA



Hurm..jarang kan kalau dgr nama Nabi orang nak berselawat.tang nak wish2 merry christmas bagai ni sibuk nak wish padahal xde habuan pun..Selawat dapat gak pahala..boleh la apa yg utama dulu..



Dipetik dr facebook dr zakir naik





Andai tersalah tulis.terkasar..terkurang terlebih..
Saya memohon maaf..
Harap posting  ini dapat membuka minda muslimin dan muslimat..

Syukran Jiddan..

Tuesday 24 December 2013

Tak suka boleh jalan...








orang xsuka kita?biarlahh
hidup ni bukan utk puaskan hati org
hidup ni bukan utk buat org suka kat kita
Tapiiiii!!

Hidup ini adalah utk Allah suka kepada kita..Allah redha..
bersangka baik dengan Allah dan mereka yg xsuke pd kita.
mungkin ada yg terlepas pandang..

Biarlah mereka xsuke asalkan kita suke semua org..xde penyakit hati.hidup akn tenang dan happy



Monday 23 December 2013

Man Jadda Wajada



Allah memberi kita habuan setimpal dengan usaha kita.
Kadang-kadang Allah beri lebih kerana kasih kepada kita..then rezeki kita lebih..
Final Assignment-begitulah ceritanya..

Nak berjaya perlu usaha..
Go for the best!.




Saturday 21 December 2013

Street Dakwah Malaysia



Street Dakwah 21/12/2013 anjuran MRM-Malaysia Reverted Muslim berlangsung di Bukit Bintang dengan kehadiran 100 perserta begitulah. Ana sempat diberi rezeki merasai dialong agama dengan mereka bukan Islam walaupun gementar nasib baik xde  gaduh-gaduh. Yalah,mungkin ada yang extreme atau ada yang tesalah cakap. Bab Agama memang sensitive lagi2 bab Jesus ni. Itulah tema kali ini dalam Street Dakwah yang berlangsung serentak di beberapa kawasan iaitu di KL,Melaka,Pinang, Johor..

Mula-mula xnak pergi tetapi terbaca dengan seorang kakak di statusnya 

" There is always a " First Time" for everyone"

lantas hati pun tersentak..betulah tu kan.lau xcuba xtau mcmana..
Kita lahir dr bayi sampai sekarang banyak je perkara yang First Time kita buat..
dr makan,dr naik bus ke Kl,dr presentation..tapi kita boleh je buat.cuma perasaan takut je yg 
block kita dr mencuba sesuatu.. we must fight our fear!

Jadi,ana pun pergilah dengan "serba lengang"
xbawak pen dan board bawak kamera je..alahai.lupa betul..
itu jangan ditiru ya..
Dalam apa jua situasi dakwah kena bersedia!
supaya hasilnya memuaskan dan acara berjalan dengan lancar.
xdela kelam kabut nak cari itu nak cari ini..
Mengaku bersalah!.hhihii


Sedikit Survey

Survey: Jesus in Islam. Yes or No.

1. Do you know who is jesus according to quran.
2. Do you know a muslim is not a muslim when they dont believe in Jesus?
3. Do you know that Jesus was known as Isa in Quran.
4. Do know that Allah said in Quran that those who are closer to Islam or Muslim are Christian


To Muslim
If you answer is mostly No.means you dont know about your prophet.Jesus was known as Isa in the Quran .Its a matter of language...The same person.In Quran a lot of stories about Jesus-his mukjizat,family,and etc.
Do you know a muslim is not a muslim when they dont believe in Jesus?
This is because in The Six Pillars of Iman one of it is - Belief in the commissioned Messengers (peace be upon them)..You dont believe then u r not Muslim...

To Non Muslim.
We,muslim also believe in Jesus..We dont hate him. We love him as we love our prophet Muhammad SAW.We believe in his teaching because he is the Messager of Allah not the son of God..



Some of the picture taken by me :)




The Imam is Firdaus Wong aka the chairman of MRM-Malaysia Reverted Muslim.

Sangat kagum dengan lelaki putih berkopiah itu..rajin berdakwah..rasa malu dengan diri sendiri


   Haiya!!.We are Power puff Muslimah!..see the t-shirt - Islam way of Life & Mankind.
Dekat lengan -Muslim 1 God Many Prophets..





 Rejection is common cases in doing dawa-even Prophets Muhammad SAW had it more worst than us..


InsyaAllah akan ada lagi tahun hadapan..
Semoga Allah pilih kita ya :)

Video Tahun lepas Street Dakwah


Wednesday 18 December 2013

Lazy mood

If i could,i want to enjoy my day without this assignment!

Monday 16 December 2013

Hiburan Dalam Islam

Sejarah hiburan telah wujud lama lagi iaitu pada zaman Nabi Muhammad SAW.Ini boleh dibuktikan dengan hadis berikut yang menjadi rujukan dalam menyelasaikan hukum hiburan dalam Islam.


Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Istinbat dari hadis:

Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.Aisyah menyanyi bertujuan untuk memperingati  peristiwa perang baath bukanya untuk pemujaan,ketaksuban atau lain-lain. Sewaktu perang dahulu gendang dimainkan bagi membakar semangat para mujahid. Di sini dijelaskan,hiburan perlu seiring dengan tujuan dimainkan hiburan tersebut. 

Hiburan yang haram
- Apabila mendengar lagu pada volume yang kuat sehingga mengacau orang sekeliling, jiran dan sebagainya
- Unsur-unsur muzik mengandungi ayat-ayat syirik atau dikenali lagu-lagu black mental.
- Lagu atau muzik yang membangkitkan syahwat atau memuja kecantikan wanita.
- Apabila mendengar hiburan secara berterusan sehingga melalaikan diri daripada mengingati Allah.


" Kita dengar lagu tu,poom! terus ingat kat perempuan tu..yang itu tak boleh"

"Kita ni kalau hafal lagu senang..cuba kita hafal lagu sambil-sambil itu kita hafal juga al-Quran ".

"Kalau kita nak pasang ayat quran sepanjang masa tu payah,takkan waktu main bola sepak nak pasang al-quran?.nanti keluar pulak surah Sajjadah,..dah nak sepak bola terus kena sujud sajjadah" ..

Begitulah gaya pesanan Ustaz Don dalam video Hiburan dalam Islam..boleh dgr di bawah ini :)






Manusia seperti Kekatu


Kekatu adalah sejenis serangga di mana sifat serangga itu suka pada cahaya. Kalau di Malaysia serangga ini banyak di kawasan kampung,manakala di Arab serangga ini tidak ditemui..Saya rasa mesti banyak yang dah mengalami kehirukan serangan kekatu.
Kita mungkin akan bertindak untuk menutup lampu,melibas dengan kain atau sebagainya. Sebenarnya kekatu ini ada hikmah penciptaanya kepada kita. Tak terfikir pun ada sesuatu yang boleh diambil ikhtibar daripada serangga " pengacau " ini..

Di akhirat nanti pada Fasa 2 iaitu di padang Masyar..
,Allah berfirman  dalam surah Al-Qoriah ayat 4  yang bermaksud :
Manusia akan dihimpunkan ke Padang Masyar seperti kalkatu yang berterbangan
Perhatikan kekatu.. Terbang ke sana ke mari dengan cemas dan kelam kabut..
Kadang-kala diri yang melihat rasa takut..apakah yang mereka sedang rebutkan.. Kalau nak ke lampu duduk sahajalah di lampu..tak perlu kalut.
Begitulah kaitannya dengan manusia di mana manusia akan menjadi cemas,panik,dan tak tentu arah
seperti kekatu itu tadi. Padang Masyar adalah tempat bermacam-macam ragam manusia yang Allah jadikan mengikut amalan kebaikan dan keburukan manusia itu sendiri. Ada manusia yang berjalan dengan mukanya,Matahari sejengkal daripada kepalanya dan bermacam lagi.

Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda:

Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam
dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah
berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat
(kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah
s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak
mementingkan perkara itu.”
Manusia akan sibuk dengan dirinya tanpa memikirkan ibu bapanya di dunia,anak-anak atau sahabat baiknya seperti kekaltu yang tidak menghiraukan rakan-rakannya.
Kalau kita lihat kalkatu  selepas ini mungkin boleh muhasabah dengan mengambarkan keadan diri kita di Padang Masyar..adakah kita akan mendapat perlindungan Allah atau dibuka aib untuk dipertontokan kepada orang ramai.




Sunday 15 December 2013

Kenapa Nabi Isa (klon) Disalib


Bagi mereka yang beragama Islam wajib percaya yang sebenarnya
Nabi Isa tidak Disalib ..yand disalib adalah orang yang Allah tukarkan wajahnya
kepada rupa Nabi Isa. Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit dalam keadaan yang hidup
dan akan diturunkan ke bumi bagi melawan Dajjal.
Mereka yang Kafir tidak mengetahui tentang hal ini maka mereka terus menjalankan
upacara menyalib Nabi Isa(klon)..
Kenapa nabi Isa disalib?

kenapa tak diracun ke?
bunuh terus ke?..dipenggal kepala ke?
sebab..
Kekuatan nabi Isa (yang real bukan clone) adalah pada tanganya..
apabila bercamtum kedua tapak tanganya jadilah mukjizatnya.
maka org yahudi sengaja menjauhkan tapak tangan nabi dengan cara salib itu..



Nabi Isa al masih akan mengalahkan Dajjal al masih di mana 
kedua2 makhluk ini mempunyai kekuatan pada tanganya..

Sumber video ustaz amin..- kenapa nabi Isa disalib.
Mohon dengar Video ini SEPENUHNYA
Janganlah mendengar separuh lantas membuat kesimpulan sendiri.

Coffee for Final


Ha..final ni memang selalu la kena minum kopi..nak stay up buat assignment.
Jemput minum :)

Saturday 14 December 2013

Love will prevail(maher zain)


A song for syria
is there any sense of humanity in you?
Muslim or non muslim
we are against violence..



Sing from your heart..
For Syria..

There’s no fear in my heart
Got nothing left to lose
I saw my loved ones die
Oh, I swear that I won’t give in
By God you’ll never win
I’ll fight for what’s right
And nothing can stand in my way
Even if I get knocked down
I will stand my ground
And I’ll never
Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail
Life’s become so cheap
So many orphans weep
They forgot how to smile
Oh, I cannot understand
Just how somebody can
Murder an innocent child
I swear their lives won’t be lost in vain
Even if I get knocked down
I will stand my ground
And I’ll never
Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail
God made me free
You can’t take that away from me
Freedom is my destiny
I have a dream
And my dream is to see
To see all my people smile
See all of them free and proud
I feel the wind of peace
‘Cause with hardship comes ease
That’s why I won’t lose faith
And I know that God is Great
So, I’ll never
Hide or run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail
I won’t run away
Love will prevail
By God it will
Love will prevail
I refuse to fail
Love will prevail



Friday 13 December 2013

Rindu yang hilang


Sepatutnya klau hati kita hidup..kita akan rasa sedap dan tenang dalam solat..
Rasa Allah memerhatikan kita (ihsan)..rasa dilindungi..rasa besh la..xtau nak bgtau mcmana.
Kalau solat fardhu tu nak tambah lagi solat sunat..
Tapi apabila dosa dah berbintik-bintik hitam tanpa dicuci dengan isgtifar..
maka gelaplah hati..lagha dek dunia..maka jadilah hati itu mati..

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” Hadith riwayat Al-Baihaqi
Nah! Allah kata dalam ayat di atas..hati akan tertutup apabila melakukan dosa. Kalau hati dah tertutup maka tak dapat lah cahaya hidayah yang Allah berikan sebagai petunjuk ke jalan kebaikan..Hubungan Allah akan
renggang..Dia masih beriman kepada Allah pada kadar iman yang lemah..Jangan ambil remeh hal ini.
Hati sudah mati klau tak berubat segera mungkin akan terjebak kearah kejahilan..

Renungan untuk ana dan sahabat :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...