Pages

Monday, 16 December 2013

Hiburan Dalam Islam

Sejarah hiburan telah wujud lama lagi iaitu pada zaman Nabi Muhammad SAW.Ini boleh dibuktikan dengan hadis berikut yang menjadi rujukan dalam menyelasaikan hukum hiburan dalam Islam.


Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Istinbat dari hadis:

Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.Aisyah menyanyi bertujuan untuk memperingati  peristiwa perang baath bukanya untuk pemujaan,ketaksuban atau lain-lain. Sewaktu perang dahulu gendang dimainkan bagi membakar semangat para mujahid. Di sini dijelaskan,hiburan perlu seiring dengan tujuan dimainkan hiburan tersebut. 

Hiburan yang haram
- Apabila mendengar lagu pada volume yang kuat sehingga mengacau orang sekeliling, jiran dan sebagainya
- Unsur-unsur muzik mengandungi ayat-ayat syirik atau dikenali lagu-lagu black mental.
- Lagu atau muzik yang membangkitkan syahwat atau memuja kecantikan wanita.
- Apabila mendengar hiburan secara berterusan sehingga melalaikan diri daripada mengingati Allah.


" Kita dengar lagu tu,poom! terus ingat kat perempuan tu..yang itu tak boleh"

"Kita ni kalau hafal lagu senang..cuba kita hafal lagu sambil-sambil itu kita hafal juga al-Quran ".

"Kalau kita nak pasang ayat quran sepanjang masa tu payah,takkan waktu main bola sepak nak pasang al-quran?.nanti keluar pulak surah Sajjadah,..dah nak sepak bola terus kena sujud sajjadah" ..

Begitulah gaya pesanan Ustaz Don dalam video Hiburan dalam Islam..boleh dgr di bawah ini :)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...