Pages

Monday, 16 December 2013

Manusia seperti Kekatu


Kekatu adalah sejenis serangga di mana sifat serangga itu suka pada cahaya. Kalau di Malaysia serangga ini banyak di kawasan kampung,manakala di Arab serangga ini tidak ditemui..Saya rasa mesti banyak yang dah mengalami kehirukan serangan kekatu.
Kita mungkin akan bertindak untuk menutup lampu,melibas dengan kain atau sebagainya. Sebenarnya kekatu ini ada hikmah penciptaanya kepada kita. Tak terfikir pun ada sesuatu yang boleh diambil ikhtibar daripada serangga " pengacau " ini..

Di akhirat nanti pada Fasa 2 iaitu di padang Masyar..
,Allah berfirman  dalam surah Al-Qoriah ayat 4  yang bermaksud :
Manusia akan dihimpunkan ke Padang Masyar seperti kalkatu yang berterbangan
Perhatikan kekatu.. Terbang ke sana ke mari dengan cemas dan kelam kabut..
Kadang-kala diri yang melihat rasa takut..apakah yang mereka sedang rebutkan.. Kalau nak ke lampu duduk sahajalah di lampu..tak perlu kalut.
Begitulah kaitannya dengan manusia di mana manusia akan menjadi cemas,panik,dan tak tentu arah
seperti kekatu itu tadi. Padang Masyar adalah tempat bermacam-macam ragam manusia yang Allah jadikan mengikut amalan kebaikan dan keburukan manusia itu sendiri. Ada manusia yang berjalan dengan mukanya,Matahari sejengkal daripada kepalanya dan bermacam lagi.

Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda:

Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam
dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah
berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat
(kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah
s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak
mementingkan perkara itu.”
Manusia akan sibuk dengan dirinya tanpa memikirkan ibu bapanya di dunia,anak-anak atau sahabat baiknya seperti kekaltu yang tidak menghiraukan rakan-rakannya.
Kalau kita lihat kalkatu  selepas ini mungkin boleh muhasabah dengan mengambarkan keadan diri kita di Padang Masyar..adakah kita akan mendapat perlindungan Allah atau dibuka aib untuk dipertontokan kepada orang ramai.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...