Pages

Thursday, 2 January 2014

Hadis tentang Tentang Salam


Baiklah..entry kali ini tentang design button badge Salam..
Ada apa dengan Salam?
Nampak Simple tapi banyak disebut dalam Quran dan Hadis..

Nabi tercinta Muhammad saw adalah orang yang pertama dalam memberi salam!.
Sahabat-sahabat sering berlumba-lumba ingin memberi salam kepada baginda tetapi gagal kerana Nabi pasti berjaya mengucapkanya terlebih dahulu. Lihat,tarbiyah Nabi...Baginda melakukanya supaya umatnya mengikuti amalan mulia ini...ia merupakan sunnah yang mulia..menyenangkan
 diri dan orang yang menerima salam..

Salam adalah ucapan ahli syurga..jadi jika kita ingin ke syurga Allah perlulah mempraktikan amalan ahli syurga..Moga-moga tercapai cita-cita..Berikut dikumpulkan hadis2 mengenai Salam...selamat beramal

Hadis tentang Tentang  Salam

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan memberi salam.
  • Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiring jenazah. (Shahih Muslim No.4022)
  • Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu mengucapkan kepadanya ‘Assalaamu’alaikum’. Salamnya dijawab dan dia pun duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Sepuluh’. Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ‘Assalaamu’alaikum warahmatullah’. Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara dia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua puluh’. Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh’, lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka dia pun duduk. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiga puluh kebajikan (pahala). (HR Abu Daud dan At Tirmidzi)
  • Dari Abdur Rahman bin Shayba, dia berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda
 "Orang yang berkenderaan harus memberi salam kepada orang berjalan kaki, orang berjalan kaki perlu memberi salam kepada orang yang duduk, sekumpulan kecil perlu memberi salam kepada kumpulan yang lebih besar, sesiapa yang kemudian bertindak balas untuk Salam, ia adalah untuk kebaikan, dan orang yang tidak bertindak balas kepada Salaam,dia bukan dari kalangan kami.

 "Ibn Sunni telah meriwayatkan dan juga Imam Bukhari dalam kitabnya Adabul Mufrad Al. Pada asas ini Allama Nawawi dalam tafsiran al-Sahih Muslim telah berkata, "Untuk memulakan salam adalah sunnah dan untuk membalas adalah Wajib." Begitu juga Hafiz ibn Abdul Bar berkata, "Ia adalah satu perjanjian sebulat suara umat Islam bahawa untuk memulakan Salaam adalah Sunnah dan untuk membalas adalah Wajib."


  • Abdullah ibn Salaam berkata, "Perkara pertama yang saya dengar Nabi Muhammad SAW bersabda :  'Wahai manusia, sebarkan salam dan berilah makanan pada orang, menjaga hubungan baik dengan kawan-kawan dan kaum kerabat anda dan pada waktu malam melibatkan diri dalam solat diwaktu yang lain sedang tidur, maka anda akan masuk syurga dengan selamat. "
  • "Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Maukah aku tunjukan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (yaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim, No.54.




Sebarkan Salam Amalan Mulia

Dapatkan Button Badge " Spread Salam" dan kongsikan kebaikan dengan orang disekeliling anda!
Jadilah pengedar kami-Hubungi :

0122970744
Mueeza23@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...