Assalamualaikum warohmatullah hi wa barokatu
Alhamdullilah saya terpilih untuk menghadiri Kuliah Mustolah Hadis
anjuran MRM-Malaysia Reverted Muslim
Kuliah ini baru sahaja bermula
pada yg tidak dapat hadir
InsyAllah kuliah ini akan diadakan secara bersiri
jadi sila like page Malaysia Reverted Muslim untuk perkembangan kuliah.
Sedikit perkongsian
(Jika ada yg tersalah,mohon beritahu)
Ramai kini yang bergelar Motivator,penceramah,pendakwah bebas yang sering menggunakan hadis tanpa menyebut rekod atau sumber hadis itu diambil..contohnya Sahih Muslim.riwayat bukhari dan banyak lagi perekod-rekod hadis
Ada setengahnya telah menyebut hadis-hadis palsu dan menyebarkan kepada umum.Mereka ini mengambil jalan "shortcut" dengan mengambil apa sahaja hadis asalkan tertulis hadis yang sepertimana kita tahu hadis itu datangnya daripada ucapan dan tingkah laku Baginda SAW..
Tetapi sebagai Muslim kita perlu menyelidik adakah benar hadis itu datangnya daripada Rasullulah.
walaupun ia keluar daripada mulut penceramah yang paling disegani masyarakat.
Walaupun hadisnya molek...mendatangkan banyak fadhilat seperti hadis masyur
" Memandang kepada sesuatu yang cantik/indah merupakan sesuatu Ibadah."
Dengar macam baik kerana ia suruhan kepada melaksanakan ibadah tetapi hadis ini daif dan tidak
boleh diamalkan
Jika pandang pada wanita yang indah tetapi tidak menutup aurat adakah itu dikira sebagai pahala ibadah?
Begitu mudah untuk melaksanakan ibadah dan tidak rasional kandungan hadis tersebut.
Antara kaedah untuk mengetahui sesuatu hadis itu tidak sahih
adalah dengan tidak lainnya ialah dengan belajar mengenainya
kerana tiada alat pengukur dalam soal agama ini seperti alat pengesan kecurian di shoping mall.
selain itu..juga ada pendapat yang mengatakan hadis lemah boleh dikesan jika fadhilat hadis berunsur pelik dan melampau-lampau.Kita boleh lihat dengan hadis-hadis berkaitan bulan Rejab, Syabaan di mana ia dah pun tersebar meluas. Ana sendiri tertipu dengan hadis ini..
Sayangnya ada setengah ustaz yang memberikan kelonggaran dalam beramal dengan hadis daif/lemah ini
dengan syarat tidak berkaitan dengan ibadah seperti solat,puasa
Contoh yang dibolehkan seperti hadis yang mengalakan perniagaan.
Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.
ramai yang suka menlontarkan hadis ini untuk menarik orang menyertai seminar perniagaan mereka tanpa menyelidik asal usul hadis ini..dan ada yang ingin mempromosikan produk mereka contoh kurma dengan fadhilat2 dr hadis yang melampau2 di mana ianya tidak sahih!.
hadis perniagan 9/10 ini memang berunsur positif..dan baik untuk umat Islam.
Tetapi Sebaik-baiknya kita beramal lah dengan cara yang tepat jelas dan sahih..
Jika nak bermotivasi orang..ada banyak hadis dan ayat quran
yang boleh dijadikan sandaran..
CONTOH ; sebaik-baik pekerjaan adalah kerja hasil tgn sendiri -riwayat bukhari..
mengenai kelonggaran beramal itu saya tidak berani nak berhujah lebih
cuma bagi pendapat saya.cukuplah orang itu sahaja yang ingin beramal untuk memotivasikan diri jika dia benar-benar terkesan dgn hadis itu walaupun dia sedar ianya tidak benar tetapi jangan sesekali menyebarkan kepada umum..kerna bahaya yang bakal menimpa..
Ancaman daripada Baginda Saw
"Barangsiapa yang berkata dengan mengata atas namakanku padahal aku tidak pernah mengatakannya, maka hendaklah ia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka."
Sejarah Hadis Palsu ini(salah satu)
Diceritakan seorang hamba Allah(tidak ingat nama) telah merekodkan 2ribu lebih hadis palsu..dan hadis itu telah pun tersebar. Dengan takdir Allah, pemuda itu bertaubat dan berazam untuk memperbetulkan kesalahannya dengan merekodkan semual mana hadis palsu dan apakah yg betul.
Malangnya,pemuda itu telah meninggal dunia di saat dia sedang memperbaiki kesilapanya..
Maka tersebarlah baki-baki hadis yang daif dan palsu yang dibuat sewaktu zaman gelapnya
http://rozaimiramle.blogspot.com/2012/11/hakikat-hadis-berniaga-adalah-910-dari.html
No comments:
Post a Comment