Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Teringat kuliah ringkas Firdaus Wong yang mualaf cina aktif berdakwah.
Dia telah buka minda sy tentang kualiti dakwah..
jadi tanggungjawab sy utk menyampaikan pd anda..
Ikhlas dan berkualiti
ya.
Kita buat kerja ikhlas
tapi x berkualiti
Itu tak cukup
Mcm solat
Kita solat ikhlas..kerna Allah
tapi solat kita x berkualiti
khusyuk x?
hafal x maksud ayat2?
sedangkan Allah itu suka pada keindahan..
Dia kata lagi
Dakwah ini kerja sukarelawan..
Kita tak perlu ditarik seperti lembu
Tak perlu nak ingatkan banyak kali
nak kena tagging..mizkol puluh2 kali
buat kerja ala kadar...
cincai2..
Sukarelawan dlm Islam
Mesti perlu tonjolkan diri..
mencari peluang untuk berbakti
mereka selalu bertanya..
" ada lagi x kerja kena buat?"
" boleh saya bantu yang ini?"
" saya nak cadangkan yang ni.....
sentiasa inginkan peluang mencari saham akhirat..
benda ni Allah akan balas
maka yakinlah usaha anda tidak sia2..
Cuba ingat assignment anda
Klau lappy rosak...pinjam lappy kwn..
pergi cyber cafe buat kerja
klau sakit demam
tau pulak makan ubat.paksa buat kerja..
Nak dekan..
kerja 24 jam..makan x.
mandi x...sanggup korban masa tinggalkan
movie.cartoon..music.
sebab nak fokus assignment
tapi kenapa
time dakwah/kerja sukarelawan
buat kerja asalkan siap
buat kerja biasa-biasa
padahal boleh buat lebih
Anda paling gempak presentation
tp kerja sukarelawan
malas nak lebih2
tangguh2 kerja..layan movie..lepak-lepak
tak salah pun buat lebih
bukan sbp riyak
tapi sebab kualiti
klau anda dah sehabis mungkin buat
sesuatu perkara.
pasti dpt dilihat dr usaha.
usaha dr posting..dr pertanyaan
dr artwork.dr sikap
xsemestinya artwork gempak
tp usaha yg memainkan peranan
Usaha lah untuk membuat sesuatu yang berkualiti
usaha itu perlu ditonjolkan...
bukan hanya cakap..
Alhamdullilah saya terpilih untuk menghadiri Kuliah Mustolah Hadis
anjuran MRM-Malaysia Reverted Muslim
Kuliah ini baru sahaja bermula
pada yg tidak dapat hadir
InsyAllah kuliah ini akan diadakan secara bersiri
jadi sila like page Malaysia Reverted Muslim untuk perkembangan kuliah.
Sedikit perkongsian
(Jika ada yg tersalah,mohon beritahu)
Ramai kini yang bergelar Motivator,penceramah,pendakwah bebas yang sering menggunakan hadis tanpa menyebut rekod atau sumber hadis itu diambil..contohnya Sahih Muslim.riwayat bukhari dan banyak lagi perekod-rekod hadis
Ada setengahnya telah menyebut hadis-hadis palsu dan menyebarkan kepada umum.Mereka ini mengambil jalan "shortcut" dengan mengambil apa sahaja hadis asalkan tertulis hadis yang sepertimana kita tahu hadis itu datangnya daripada ucapan dan tingkah laku Baginda SAW..
Tetapi sebagai Muslim kita perlu menyelidik adakah benar hadis itu datangnya daripada Rasullulah. walaupun ia keluar daripada mulut penceramah yang paling disegani masyarakat. Walaupun hadisnya molek...mendatangkan banyak fadhilat seperti hadis masyur
" Memandang kepada sesuatu yang cantik/indah merupakan sesuatu Ibadah."
Dengar macam baik kerana ia suruhan kepada melaksanakan ibadah tetapi hadis ini daif dan tidak boleh diamalkan
Jika pandang pada wanita yang indah tetapi tidak menutup aurat adakah itu dikira sebagai pahala ibadah? Begitu mudah untuk melaksanakan ibadah dan tidak rasional kandungan hadis tersebut. Antara kaedah untuk mengetahui sesuatu hadis itu tidak sahih
adalah dengan tidak lainnya ialah dengan belajar mengenainya kerana tiada alat pengukur dalam soal agama ini seperti alat pengesan kecurian di shoping mall. selain itu..juga ada pendapat yang mengatakan hadis lemah boleh dikesan jika fadhilat hadis berunsur pelik dan melampau-lampau.Kita boleh lihat dengan hadis-hadis berkaitan bulan Rejab, Syabaan di mana ia dah pun tersebar meluas. Ana sendiri tertipu dengan hadis ini..
Sayangnya ada setengah ustaz yang memberikan kelonggaran dalam beramal dengan hadis daif/lemah ini dengan syarat tidak berkaitan dengan ibadah seperti solat,puasa
Contoh yang dibolehkan seperti hadis yang mengalakan perniagaan.
Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.
ramai yang suka menlontarkan hadis ini untuk menarik orang menyertai seminar perniagaan mereka tanpa menyelidik asal usul hadis ini..dan ada yang ingin mempromosikan produk mereka contoh kurma dengan fadhilat2 dr hadis yang melampau2 di mana ianya tidak sahih!.
hadis perniagan 9/10 ini memang berunsur positif..dan baik untuk umat Islam. Tetapi Sebaik-baiknya kita beramal lah dengan cara yang tepat jelas dan sahih.. Jika nak bermotivasi orang..ada banyak hadis dan ayat quran yang boleh dijadikan sandaran..
CONTOH ; sebaik-baik pekerjaan adalah kerja hasil tgn sendiri -riwayat bukhari..
mengenai kelonggaran beramal itu saya tidak berani nak berhujah lebih
cuma bagi pendapat saya.cukuplah orang itu sahaja yang ingin beramal untuk memotivasikan diri jika dia benar-benar terkesan dgn hadis itu walaupun dia sedar ianya tidak benar tetapi jangan sesekali menyebarkan kepada umum..kerna bahaya yang bakal menimpa..
Ancaman daripada Baginda Saw
"Barangsiapa yang berkata dengan mengata atas namakanku padahal aku tidak pernah mengatakannya, maka hendaklah ia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka."
Sejarah Hadis Palsu ini(salah satu)
Diceritakan seorang hamba Allah(tidak ingat nama) telah merekodkan 2ribu lebih hadis palsu..dan hadis itu telah pun tersebar. Dengan takdir Allah, pemuda itu bertaubat dan berazam untuk memperbetulkan kesalahannya dengan merekodkan semual mana hadis palsu dan apakah yg betul. Malangnya,pemuda itu telah meninggal dunia di saat dia sedang memperbaiki kesilapanya.. Maka tersebarlah baki-baki hadis yang daif dan palsu yang dibuat sewaktu zaman gelapnya
Para remaja semestinya tidak sunyi daripada kisah suka-duka dalam persahabatan. Pada zaman muda inilah para remaja mulai berjinak-jinak dalam memahami erti dunia yang sebenar iaitu melalui pelbagai ragam sahabat di sekeliling. Tidak dapat dinafikan dengan bertemu dengan pelbagai ragam manusia juga dapat mematangkan kita.Contohnya,sahabat yang kaki menipu untuk memijam wang daripada kita, sahabat yang pecah amanah dan seumpamanya. Apabila kita sudah berasa perit ditipu kita akan lebih teliti dalam memberikan bantuan agar kelak pisang tidak berbuah lagi. Jadikan sejarah sebagai pelajaran untuk lebih matang pada masa hadapan.
Oleh yang demikian, para remaja perlu bijak memilih sahabat iaitu yang baik dari segi hubunganya dengan Allah dan manusia. Tetapi , jangan pula meminggirkan atau memandang serong dengan mereka yang kurang perhatian agamanya mahupun mereka yang bukan seagama dengan kita. Kelak, akan dilabel sebagai orang yang sombong. Jangan dibuat "geng" dalam soal perhubungan ini, "geng tudung labuh" hanya untuk para muslimah, "geng skema" untuk budak pandai dan rajin belajar dan pelbagai lagi jenis geng-geng yang dibuat remaja.
Kalau semua hidup berdasarkan geng seperti ini mana mungkin islam mahu maju kerana umatnya sendiri tidak mahu bersatu padu dek kerana perbezaan taraf.. Maksud saya di sini, para remaja perlu tahu batas-batas pergaulan di antara mereka dengan selamat dan bijak iaitu mengetahui antara halal dan haram, baik dan buruk serta dosa dan pahala. Bergaul pada kadar sederhana seperti bertanya khabar,beriadah bersama dan sebagainya supaya tidak dilabel sekumpulan , terpalit akhlak-ahlak buruknya atau terjemurus bersama dalam kelalaian dan seumpamanya. Apabila mereka melalukan kemungkaran, berdakwahlah kepada mereka dengan cara berhemah. Ingat, jadilah sahabat yang selamat(teguh pendirian agamanya) dan yang mampu menyelamatkan( amar makruf nahi mungkar ).
Para remaja perlu telitikan nilai persahabatn yang dijalankan dengan mereka di sekeliling,adakah ia berunsurkan islam atau berunsurkan nilai-nilai jahiliyah.Berikut saya ceritakan secara ringkas mengenai 2 jenis ukhuwah iaitu ukhuwah islamiyah dan ukhuwah jahiliyah.
Ukhuwah Islamiyah
Al syahid Hassan al banna telah mendefinasikan ukhuwayah islamiyah sebagai satu keterikatan jiwa atas dasar aqidah.Ukhuwah islamiyah ini bersifat ikhlas kerana Allah.Maka, segala yang dilakukan akan berpusat untuk mencari redha Allah.Ianya bersifat tenang walaupun diuji dengan musibah kerana berpegang dengan kosep "innalillah hiwaina ilahi rojium", hanya kepada Allah hidup dan dimatikan. Interaksi dalam ukhuwah ini akan saling mendokong antara satu sama lain demi kecermerlangan dunia dan akhirat,jika berat sama di pikul,ringan sama dijinjing. Dasar persamaan taraf merupakan tunjang kepada ukhuwah ini. Nilai kasih-sayang,toleransi,hormat-menghormati,dan seumpamanya memenuhi jalinan ukhuwah ini.
Ukhuwah Jahiliyah
Lawan kepada ukhuwah islamiyah ini adalah ukhuwah jahiliyah di mana persahabatan yang dijalinkan bermotifkan, harta, pangkat, nama atau pelbagai manfaat dunia yang jauh daripada mencari redha Allah. Oleh kerana ingin dilabel kelas atasan,maka seseorang itu cenderung untuk bergaul dengan golongan Dato, Jutawan, selebriti ternama dan seumpamanya. Apabila bermotifkan dunia semestinya golongan ini cenderung dengan sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, riak, munafik dan sebagainya kerana mata hati mereka sudah tertutup untuk mengingati ancaman-ancaman akhirat akan balasan akhlak buruk. Jangka masa untuk ukhuwah ini sering tidak bertahan dan selalu berlaku rasa tidak puas hati mahupun permusuhan kerana jauh daripada pegangan syiar islam.
Dalam proses berukhuwah ini terdapat beberapa peringkat-peringkat iaitu: 1.Ta’aruf (saling mengenal)
2.Tafahum (saling memahami
3.Ta’awun ( saling membantu )
4.Takaful ( saling menjamin )
5.Ihtisan ( saling melebihkan )
Huraianya, seorang muslim itu harus saling mengenali sahabatnya seperti latar belakang diri serta keluarganya.Kemudian memahami keadaan sahabatnya seperti keadan fizikal,emosi keperluan dan sebagainya jika ia serba kekurangan haruslah dibantu agar masing-masing berasa dihargai dan kemudian akan ke peringkat saling menjamin iaitu segala perkara akan dikongsi apabila susah mahupun senang. Seterusnya akan meningkat kepada pucak ukhuwah iaitu ihtisan. Ihtisan adalah bukti kecintaan seorang sahabat, mungkin seseorang sahabat itu boleh mencapai peringkat memahami( tafahum) tetapi tidak ke peringkat ihtisan kerana kecintaan terhadap sahabatnya tidak melebihi dirinya sendiri. Ini bersesuaian dengan hadis Rasullulah:
' Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah
dia mengasihi sahabatnya melebihi dirinya sendiri ."
Kisah Menyayat Hati
Ihtisan Abu bakar terhadap Rasullulah saw
Apabila sudah mencapai tahap ihtisan, seseorang itu sanggup berlapar untuk mengenyangkan orang lain, sanggup berjaga bagi membiarkan sahabat lena berehat. Ganjaran bahkan pujian tidak diharapkan tetapi redha illahi yang dicari, inilah tanda kasih sayang ikhlas kerana Allah. Abu bakar adalah contoh sahabat baginda s.a.w yang telah mencapai tahap ihtisan. Rasullullah saw pernah bersembunyi di gua Tsur bersama Abu Bakar ketika saat pertama kali brhijrah.Rasullullah bersandar dan beristirahat bersama abu bakar di dalam gua tersebut.Tiba-tiba seeokor ular perlahan-lahan mendekati kaki Abu Bakar,Abu bakar menyedari kehadiran ular tersebut dan ingin menarik kedua-dua kakinya untuk mengelak daripada ular tersebut. Tetapi Abu bakar tidak sampai hati berbuat demikian kerana ia akan membangunkan Rasulullah s.aw yang sedang berehat. Ular tersebut mengigit pergelangan kaki Abu bakar, beliau merasa pedih tetapi tidak juga mengalihkan kakinya itu. Setelah itu, ular itu berlalu pergi dan tubuh badan abu bakar mula berasa pedih kerana bisa ular itu sudah merebak. Abu bakar diam-diam menagis.Tanpa segaja air matanya telah terkena pada tubuh Rasullullah,maka rasullullah pun terjaga dan melihat Abu bakar menagis.Abu bakar menceritakan hal ular tersebut kepada Rasullulah,seraya itu Rasullulah mengubati bisa ular tersebut dan menyatakan rasa syukur kepada Allah kerana dikurnikan sahabat seperti Abu Bakar.Subhanallah, sungguh indah kisah persahabatan Abu bakar dan Baginda saw. Bisa ular tersebut mungkin saja meragut nyawa Abu Bakar tetapi ia tidak mengendahkanya bahkan lebih mementingkan Baginda saw untuk berehat dengan tenang. Mari para remaja berkasih-sayang seperti Abu bakar dan Rasulullah , moga-moga persahabatn yang terjalin sehingga ke syurga.
Ajaran islam adalah yang terbaik dan sesuai dengan fitrah manusia,maka praktikanlah ia berpandukan al-quran dan hadis.
Antara hikmah berukhuwah secara islamiyah ialah :
Taqarub dengan Allah.
Nikmat dalam ukhuwah islamiyah dapat dilihat apabila seseorang itu cenderung untuk mengingati Allah apabila bersama sahabatnya. Contohnya pada pergaulan dan percakapan sahabat kita yang sopan dan berbudi bahasa, akan mengingatkan kita pada sifat Allah yang penyantun ( Al-Halim ). Apabila melihat kehidupanya tidak lengkang dalam menghidupkan sunnah nabi Muhammad Saw, lalu ia mendorong kita mengerjakanya sekali. Ukhuwah secara islamiyah ini akan sering ingat-mengingati dan berpesan-pesan agar tidak leka dalam membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Hasil ukhuwah islamiyah akan membolehkan kita lebih dekat dengan Allah.
Hasanah dunia dan Akhirat.
Memiliki sahabat yang soleh dan solehah merupakan satu nikmat daripada Allah.Nikmat ini membawa hasanah di dunia dan juga di akhirat. Nabi saw telah bersabda " Seorang mukmim itu akan terikut-ikut dengan perangai seorang mukmin yang lain." Maka jika kita bersahabat dengan orang yang baik, kita juga akan cenderung untuk berubah menjadi baik. Hasanah di akhirat juga boleh diperolehi berikutan hadis Rasullulah s.a.w, "Antara 7 golongan yang akan dinaugi Allah pada hari yang tiada nauganya ialah dua orang yang saling berkasih-sayang keranaku,bertemu-dan berpisah keranaku". Begitu hebat kuasa kasih-sayang ini, jadi jangalah jemu dalam menyebarkan kasih-sayang di antara seluruh manusia.Sesunggunya Allah itu maha pengasih dan maha penyanyang,dan mahukan kita juga bersifat kasih dan sayang sesama hambanya.
Selain itu,saya ingin berkongsikan beberapa
Panduan dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah agar berpanjangan dan meraih kasih Allah.
1.Menyatakan rasa sayang.
Rasullulah bersabda
" Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya,beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya."
Mungkin sahabat kita tidak menyedari bahawa kita amat memerlukan perhatian dan kasih-sayang daripada dirinya, Maka ucapkanlah rasa sayang dan setelah itu tunjukanlah rasa kasih sayang itu melalui perbuatan seperti mendengar luahan hati, memberikan bantuan apabila sahabt mengalami kesukaran.
2. Saling memberi dan bertukar hadiah.
Manusia yang gembira adalah mereka yang paling banyak memberi.Perasan itu akan dirasai apabila melihat wajah penerimanya, terukir senyuman.Apabila kita memberi hadiah ia akan mengeratkan hubungan yang terjalin kerana diri akan lebih rasa dihargai melalui perbuatan yang ditunjukan berbanding hanya percakapan. Hadiah yang boleh disimpan atau digunakan merupakan satu kelebihan di mana ia akan berterusan memberi manfaat kepada pemiliknya dan berfungsi sebagai kenang-kenangan. Niatkanlah kerana Allah untuk mendapat ganjaran ibadah ,maka kita akan mendapat dua ganjaran iaitu ganjaran kerana Allah dan mengeratkan sillaturohim. Pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan bukan?
3. Mengutamakan Sahabat
Nabi saw bersabda :
"Sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya Allah akan menunaikan hajatnya juga.Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa saudaranya, maka Allah akan melepaskanya daripada kesusahan di akhirat kelak."
Ternyata Allah tidak hanya menitikberatkan soal ibadah semata-mata tetapi juga mementingkan hambanya agar perihatin akan keperluan dan keadaan hambaNya yang lain. Jika kita melihat kekurangan pada sahabat kita,meskipun mereka tidak meminta, cukupkanlah kekuranganya itu.Hidup tidak selalu di atas,apabila kita diberi nikmat tambahkankah rasa syukur dengan cara menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
4.Saling berdoa untuk sahabat
Antara ciri-ciri doa yang makbul adalah doa sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa pengetahuaanya.Pohonkan doa agar persahabatan yang terjalin kekal berpanjangan,beroleh kejayaan dunia dan akhirat , senantiasa sihat dan selamat.
5. Saling bertanya khabar dan menziarahi
Apabila diuji dengan perpisahan, jangan dinoktahkan persahabat yang terjalin.Jangan juga dibiarkan persahabatan sunyi tanpa khabar berita dan gelak tawa.Tunjukan rasa perihatin dan komitment kita dalam persahabatn dengan menghubungi melalui panggilan Telephone, video call , facebook ataupun pelbagai alat komunikasi canggih yang sedia ada . Amalan ziarah-mengziarahi juga boleh dilakukan jika berkesempatan.
6. Saling bepesan-pesan.
Allah telah berfirman " Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali mereka yang berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran". Jika jauh menyimpang daripada jalan lurus ,pimpinlah ke jalan pulang, jika terleka dengan bisikan dunia, berpesanlah dengan firman Tuhan. Apabila kita saling berpesan-pesan,maka kita akan terselamat daripada godaan syaitan yang sentiasa mencuri peluang menyesatkan anak Adam.
7. Mempamerkan senyuman dan salam.
Senyum itu mudah lagi indah tetapi jarang mereka yang mampu untuk senyum sehinggakan diiklan di televison agar masyarakat membudayakan amalan murni tersebut. Senyum itu ada dua bahagian,pertama,senyum kerana gembira dan yang kedua senyum kerana ingin mengembirakan. Senyum kedua ini membuktikan keperihatinan kita terhadap sahabat yang lain, walaupun kita diuji dengan rasa sedih ataupun marah tetapi kita masih mampu bersedekah dengan memberikan senyuman. Memberikan salam bermaksud mendoakan kesejahteraan kepada penerima salam tersebut. Malangnya remaja kini lebih gemar menggunakan bahasa santai seperti "hello", "Oi" , Whats up? dan sebagainya.Berikanlah salam dan berjabat tangan antara kedua-duanya. Rasullulah bersabda :
"Tidak ada dua orang yang bertemu kemudian mereka berjabat tangan melainkan mereka akan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum berpisah."
8. Melazimi berjemaah
Hadis ada menyebut keberkatan Allah itu bersama dengan para jemaah. Berjemaahlah dalam solat, berzikir, makan mahupun mengulangkaji pelajaran. Senario para remaja kini, lebih gemar bersendirian atas alasan lebih cepat , tidak mahu diganggu , leceh dan sebaginya. Amalan berjemaah merupakan amalan Baginda saw dalam semua perkara dan ia merupakan lambang perpaduaan umat islam. Semestinya umat islam akan lebih kuat jika amalan berjemaah ini dipraktikkan dalam semua perkara.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Allah swt berfirman yang bermaksud
" Orang yang berkasih-sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang yang saling berhubung kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu."
Apabila Allah sudah sayang semestinya orang di sekeliling juga pasti akan sayang dan berasa senang bergaul dengan kita. Diharap para remaja dapat melalui keindahan ukhuwah islamiyah ini bersama sahabat dan pada masa yang sama tidak melupakan ukhuwah yang asas iaitu antara keluarga mereka. Utamakalah keluarga dalam apa juga situasi kerana mereka adalah darah daging kita sendiri. Mari sebarkan cinta kepada Allah menerusi jalinan ukhuwah islamiyah sesama umat islam.
Biasakah kita dengar ungkapan seperti hadis sahih, sahih hasan, hasan, dhaif jiddan, hadis mursal, atsar serta banyak lagi istilah teknikal berkenaan hadis & kita terpinga-pinga memahaminya?
InshaAllah, Malaysia Reverted Muslim MRM yang pernah anjurkan Street Dakwah yang saya join ( search di older post) akan mengadakan kuliah bersiri Mustolah Hadis (Pengenalan Ilmu Hadis) yang akan disampaikan oleh
Penasihat MRM iaitu Ustaz Razali Tahir
akan bermula pada Sabtu, 25hb Januari 2014 dari jam 5.00pm-7.00pm
bertempat di Pusat Da'wah & Bimbingan Islam MRM di Desa Setapak, Wangsa Maju.
TIADA bayaran dikenakan untuk kuliah bersiri ini.
Kaedah yang digunakan adalah amat mudah difahami dan amat sesuai untuk setiap peringkat pemahaman walaupun tanpa ilmu bahasa Arab. Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi nombor yang tertera di poster untuk pengesahan kerana tempat adalah terhad atau utk maklumat lanjut.
"Mustolah hadis ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud al-Ramahramzi."
Di sini..saya sertakan ringkasan
Kepentingan Mempelajari Ilmu Hadis
Kepentingan Pertama:
Hadis Adalah Sumber Perundangan Islam
Kepentingan Kedua :
Hadis Adalah Penerangan Kepada Al-Qur’anul Karim
Kepentingan Ketiga:
Hadis Diperlukan Dalam Semua Cabangan Ilmu
Kepentingan Keempat:
Mengenali Kesahihan Hadis
Kepentingan Kelima:
Mengelakkan Pendustaan (sekalipun tanpa sengaja) Dalam Hadis
Semoga Allah pilih kita untuk menghadiri majlis-majlis ilmu
Anda pernah kunyah snek rumpai laut berperisa jenama
Tao Kae Noi( bos kecil)?
Rasa dia
Ranggup eeeyhh..
krak..krak..
sedap tapi sikit :"(
Kunyah memang sedap naaa..tau dok yang buat tu
budak baru habis spm la jugak
budak 19tahun
punyalah susah nak start berniaga ni..
Ni dia Jutawan Muda
Aitthipat Kulapongvanich
Budak yang degil bermanfaat. Degil dalam berniaga ialah tidak berputus asa!
Ok oleh kerana kisah dia yang menyayat hati dan penuh dengan
inspirasi.maka terbitlah movie The billionaire..
di akhir post ada link movie
Al-kisah.
Aitthipat Kulapongvanich asalnya hanya suka ponteng sekolah dan bermain permainan video. .Mak dan Ayahnya merupakan ahli perniagaan MUFLIS..kalau dah muflis itu dah kira xberniaga la kan. Apalah BM ku niiii!!..hihhii..Jadi mereka berhutang 40K dan hidup dikejar pemiutang.Top(nama english) rasa sedih dengan keadaan ibu bapanya jadi timbul semangat HERO keluarga ingin membantu mencari duit dengan berniaga sendiri. Mak dan Ayah Top lari ke hong kong tetapi Top degil,dia yakin dia dapat cari duit dan dia pun start berniaga buah berangan.
Dia menyewa mesin dan berniaga di Tesco.Biasalah berniaga pasti diuji.Untung tak kemana..
pihak pengurus pula tidak suka gerai Top yang menyebabkan syiling mall bertukar warna dan juga asap
yang keluar ketika membakar buah berangan menganggu pengunjung.
Gerai Top ditutup dan Top berhenti berniaga buah berangan. Keciwa punya keciwa
timbul pula peluang. Satu hari girlfriend Top berikan Top makanan dr korea xsilap
rumpai laut kering(seaweed) Sambil kunyah laju2,Top terfikir untuk buat biznes.
Dia pun cuba buat resepi khas dr seaweed 40 ribu kali percubaan dr 40 ribu imported seaweed
GAGAL..tetapi akhirnya dia berjaya. Masalah lain pula yang timbul.
Dia perlukan pemasaran dan terfikir 7ELEVEN yang mempunyai
30 ribu cawangan di Thailand. Sesi temuduga di 7ELEVEN bagi tender
meletakan produk menjadi GAGAL.
kesian.keciwa..apakah yang berlaku seterusnya?
hihiih.....yang seterusnya pergi tonton sendiri.
Tetapi yang pasti
Pelbagai kegagalan berlaku dalam proses
dia menjadi Jutawan tetapi disebabkan dia tidak putus asa akhirnya
dia berjaya dan anda dapat makan
hasil titik peluh dia....I mean bukan seaweed itu dicampur peluh die
tetapi hasil tenaga dia berusaha.
Kalau terpandang packaging die atau makan seaweed ni
Hati akan terus terasa aura.
rasa semangat..dan keluarlah visual-visual
or montage dr movie Top ni dlm
kepala ini...
hurmmm..kagum2.
kalau dia boleh berjaya
InsyAllah kita boleh
tak Jutawan dunia
Jutawan akhirat
dan yang penting cari duit sendiri daripada
minta pada mak dan ayah.
Itu prinsipku.
Top Story
Top bercerita tentang kisahnya dalam buku.
Ringkasan
Duit dtg dari pelbagai cara..yang mudah/duduk rilex dpt duit atau susah dgn usaha?
Ya.itu juga apa yg diajar mentor Irfan Khairi. Kita perlu sentiasa fikir positif.
Dia mana ada masalah di situ ada peluang.
Peluang dalam perniagaan atau yg tak berkaitan dgn berniaga pun
peluang untuk baiki diri. Ingat, Tarbiyah Allah.
Jangan dengar bisikan negatif..Diri anda yang menentukan kejayaan.
Dalam kes ni Top terasa sedikit kecelaruan.
Rethink..
Waktu stage ini..Top tidak tidur sebab nak siapkan beribu-ribu seaweed untuk 7ELEVEN.
Tetapi dai terlewatttt..apakah nasibnya?tonton untuk jawapan.
Top banyak berguru dengan bertanya kepada sesiapa sahaja. Walaupun pakcik di tepi jalan.
Teringat Irfan khairi " Nak berjaya tak perlu cuba puaskan hati semua orang"
Bagai orang mengantuk diberi bantal tambah pasang air cond.
dapat pula marketing dengan publisiti di television..
dan kemudian produk Top menjadi semakin popular.
Jutawan muda
Dia telah pun membeli tanah di korea sbagai ladang tanaman seaweed
Mengeksport produk ke negara kita,singapura,hong kong china korea Us dan byk lg.
Alhamdullilah..walaupun hanya pada button badge tetapi dapat juga sambutan..Moga design-design button badge ini dapat diterima dalam usaha dakwah oleh Allah SWT. Perlahan-lahan kayuh,moga impian untuk menjadi pengeluar produk2 islamik termakbul..Amin :)
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim). Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin,
U- Usaha
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud)...
Manakala dalam hadis lain pula, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallamberkata : “Tiada seorang pun yang makan suatu makanan lebih baik daripada apa yang diusahakan dengan tangannya sendiri, sesungguhnya Nabi Daud‘alayhis-salam makan daripada hasil tangannya sendiri” (hadis riwayat al-Bukhari).
Nah..sedangkan Nabi Pesuruh Allah yang ada mukjizat dan doa yang makbul itu juga berusaha dengan tenaganya mencari rezeki,apatah lagi manusia biasa seperti kita ni?
I- Istiqamah
Sebaik-sebaik perkara adalah yang berterusan atau Istiqamah..Istiqamah bermaksud berterusan.
Dalam kehidupan ini.kita perlu sentiasa berusaha dengan berterusan..jangan berhenti kerna kejayaan
mungkin hanya sedikit sahaja lagi..
T- Tawakal
Tawakal adalah berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Tawakal jauh daripada sikap " Pasrah".iaitu membiarkan apa-apa terjadi tanpa mengambil sebarang tindakan.
Dari Umar bin Al Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Seandainya kalian betul-betul bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan
memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali sore harinya dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Al Hakim. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalamSilsilah Ash Shohihah no. 310)
Perhatikanlah firman Allah Ta’ala (yang ertinya), “Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaaq [65]: 2-3). Al Qurtubi dalam Al Jami’ Liahkamil Qur’anmengatakan, “Barang siapa menyerahkan urusannya sepenuhnya kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluanya.
Tawakal adalah seperti kebergantungan,penyandaran kepada Allah atas sesuatu urusan setelah berusha.
Ia merupakan proses akhir bukanya proses awalan. Di mana belum cuba sudah tawakal.
Semoga dapat membuka minda2 pembaca sekalian.
Motivasi yang terbaik datangnya daripada Quran dan Hadis
Maka,seeloknya kita manfaatkan dan amalkan bersama-sama
SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.
Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.
Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.
Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.
---
Manfaat Buku Ini:
1. Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian.
Hadapi ia dengan ketabahan.
2. Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk
menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.
3. Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali,
cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.
4. Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina.
Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.
5. Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di
hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.
6. Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
7. Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.
8. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama
ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.
Sumber : Sebarkan Bahagia Online
------------------------------- AKU ADA WALI- DRAMA ----------------------------
Dia salah seorang calon untuk jadi angkasawan negara
Teringat first day kelas..kecoh semua orang masuk tb!
Yalah..tiba-tiba datang cameramen daripada TV1
nak buat dokumentari pasal lecturer ana ni..
Tak sangka dapat lect yang hebat n fames ni!
Dia sanga bijak..aktif sempoi...and funny!
Sir Muhammad Firdaus Khalid
{ Our Assignment }
Ok ni kerja group ana.
Buat satu produk then marketing the product
So this is our product
THE GOODNIGHT ROAD BOOK
We are required to publish our product online in crowdfunding website..
What is crowfunding?
Crowdfunding (alternately crowd financing, equity crowdfunding, crowd equity, crowd-sourced fundraising) is the collective effort of individuals who network and pool their money, usually via the Internet, to support efforts initiated by other people or organizations.(tq wiki)
Kesimpulan: letak produk then market suruh org bagi modal untuk jalankan perniagaan produk itu
itu ceritanya.
Groupiesss!
Yeay! Im enjoyed my time as be in Marketing n Illustrating position.
My sketches "Monster"
Production
Handmade book
The Book cover
This book come with soft toys as the player..you can choose to be gegurl or boboi
It come with magnet under the toy which made it very convenient to play..
Here is our promotion video :)
This is cool.trust me.im not liar!
Done!..last picaahhh with MR COOL-SIR FIRDAUS.
buat muke comel lak die :)
Ultraman di belakang itu not my groupies ok..mereka tu pelakon tambahan..sibuk2 je.
Kalau diikutkan semua urusan kita mesti ada kaitan dengan facebook.nak berniaga..nak meeting..nak hantar picture...nak tau perkembangan semasa..semua kat facebook..ia itulah kebaikan facebook..tapi
sedar tak sedar ia juga boleh membawa ke saham dosa..
Dosa-dosa commom di Facebook
1) Dedah aurat-..memang perempuan suka bergambar terdedah2 utk ditatap lelaki.
Yang free hair dengan rambutnya.dengan pakai tudung dah labuh tapi buat muke comel2.,sehingga
menarik perhatian ajnabi.Ia boleh mengundang zina mata..hati2
2) Maki-hamun/perli-memerli- selalu terbaca status maki-maki..facebook ni juga tempat orang nak bergaduh..Kata2 kesat dilemparkan..klau yang nak perli orang lain..update status memerli dengan harapan orang yang diperli terbaca statusnya di news feed.hairan kan?nak cakap xpuasa hati..cakapla depan2.ini masalah orang cetek IQ.
3) cerita benda peribadi. Hal2 privacy mcm family..-Kalau bab luahan perasaan pula tak nak pula mengadu pada Allah..Doa lah bukan update status!.
4) Riyak.
Ada juga yang upload picture gadjet2 terkini..beli barang mahal2..nak show off dengan kwn2..kononya dia tu up to trend..xperlu rasanya upload2 gitu.cukuplah pakai sahaja..
5) Masa
Facebook ni klau tidak dimanfaatkan utk kebaikan.makanya masa itu menjadi sia-sia.Jika online main comment2..like2..boleh bawa dosa kerana membazir masa. Masa itu amanah..membazir itu dosa!.