Pages

Monday, 17 February 2014

Sajak tetamu senja



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 
~ A. Samad Said


Hidup ni singkat je macam matahari..
akan tengelam dalam kegelapan dunia

Kita manusia akan pulang
kita tahu hidup kita singkat di dunia ini
tetapi kita lebihkan juga dunia ini
kita dihingap penyakit wahnu
Sabda Nabi junjugan
itulah mereka yang cinta dunia
takut pada kematiaan

padahal kematian pasti akan berlaku

Thursday, 13 February 2014

Ikhlas dalam kualiti kerja dakwah



Teringat kuliah ringkas Firdaus Wong yang mualaf cina aktif berdakwah.
Dia telah buka minda sy tentang kualiti dakwah..
jadi tanggungjawab sy utk menyampaikan pd anda..


Ikhlas dan berkualiti
ya.
Kita buat kerja ikhlas
tapi x berkualiti
Itu tak cukup

Mcm solat
Kita solat ikhlas..kerna Allah
tapi solat kita x berkualiti

khusyuk x?
hafal x maksud ayat2?
sedangkan Allah itu suka pada keindahan..


Dia kata lagi
Dakwah ini kerja sukarelawan..
Kita tak perlu ditarik seperti lembu
Tak perlu nak ingatkan banyak kali
nak kena tagging..mizkol puluh2 kali
buat kerja ala kadar...
cincai2..


Sukarelawan dlm Islam
Mesti perlu tonjolkan diri..
mencari peluang untuk berbakti


mereka selalu bertanya..

" ada lagi x kerja kena buat?"

" boleh saya bantu yang ini?"

" saya nak cadangkan yang ni.....


sentiasa inginkan peluang mencari saham akhirat..
benda ni Allah akan balas
maka yakinlah usaha anda tidak sia2..



Cuba ingat assignment anda
Klau lappy rosak...pinjam lappy kwn..
pergi cyber cafe buat kerja
klau sakit demam
tau pulak makan ubat.paksa buat kerja..


Nak dekan..
kerja 24 jam..makan x.
mandi x...sanggup korban masa tinggalkan
movie.cartoon..music.
sebab nak fokus assignment


tapi kenapa
time dakwah/kerja sukarelawan
buat kerja asalkan siap
buat kerja biasa-biasa
padahal boleh buat lebih
Anda paling gempak presentation
tp kerja sukarelawan
malas nak lebih2
tangguh2 kerja..layan movie..lepak-lepak


tak salah pun buat lebih
bukan sbp riyak
tapi sebab kualiti
klau anda dah sehabis mungkin buat
sesuatu perkara.
pasti dpt dilihat dr usaha.

usaha dr posting..dr pertanyaan
dr artwork.dr sikap
xsemestinya artwork gempak
tp usaha yg memainkan peranan


Usaha lah untuk membuat sesuatu yang berkualiti
usaha itu perlu ditonjolkan...
bukan hanya cakap..

Intipati Kuliah Mustolah Hadis



Assalamualaikum warohmatullah hi wa barokatu

Alhamdullilah saya terpilih untuk menghadiri Kuliah Mustolah Hadis

anjuran MRM-Malaysia Reverted Muslim


Kuliah ini baru sahaja bermula

pada yg tidak dapat hadir

InsyAllah kuliah ini akan diadakan secara bersiri

jadi sila like page Malaysia Reverted Muslim untuk perkembangan kuliah.


Sedikit perkongsian

(Jika ada yg tersalah,mohon beritahu)


Ramai kini yang bergelar Motivator,penceramah,pendakwah bebas yang sering menggunakan hadis tanpa menyebut rekod atau sumber hadis itu diambil..contohnya Sahih Muslim.riwayat bukhari dan banyak lagi perekod-rekod hadis


Ada setengahnya telah menyebut hadis-hadis palsu dan menyebarkan kepada umum.Mereka ini mengambil jalan "shortcut" dengan mengambil apa sahaja hadis asalkan tertulis hadis yang sepertimana kita tahu hadis itu datangnya daripada ucapan dan tingkah laku Baginda SAW..


Tetapi sebagai Muslim kita perlu menyelidik adakah benar hadis itu datangnya daripada Rasullulah.
walaupun ia keluar daripada mulut penceramah yang paling disegani masyarakat.
Walaupun hadisnya molek...mendatangkan banyak fadhilat seperti hadis masyur

" Memandang kepada sesuatu yang cantik/indah merupakan sesuatu Ibadah."

Dengar macam baik kerana ia suruhan kepada melaksanakan ibadah tetapi hadis ini daif dan tidak
boleh diamalkan


Jika pandang pada wanita yang indah tetapi tidak menutup aurat adakah itu dikira sebagai pahala ibadah?
Begitu mudah untuk melaksanakan ibadah dan tidak rasional kandungan hadis tersebut.

Antara kaedah untuk mengetahui sesuatu hadis itu tidak sahih


adalah dengan tidak lainnya ialah dengan belajar mengenainya
kerana tiada alat pengukur dalam soal agama ini seperti alat pengesan kecurian di shoping mall.
selain itu..juga ada pendapat yang mengatakan hadis lemah boleh dikesan jika fadhilat hadis berunsur pelik dan melampau-lampau.Kita boleh lihat dengan hadis-hadis berkaitan bulan Rejab, Syabaan di mana ia dah pun tersebar meluas. Ana sendiri tertipu dengan hadis ini..


Sayangnya ada setengah ustaz yang memberikan kelonggaran dalam beramal dengan hadis daif/lemah ini
dengan syarat tidak berkaitan dengan ibadah seperti solat,puasa

Contoh yang dibolehkan seperti hadis yang mengalakan perniagaan.

Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

ramai yang suka menlontarkan hadis ini untuk menarik orang menyertai seminar perniagaan mereka tanpa menyelidik asal usul hadis ini..dan ada yang ingin mempromosikan produk mereka contoh kurma dengan fadhilat2 dr hadis yang melampau2 di mana ianya tidak sahih!.

hadis perniagan 9/10 ini memang berunsur positif..dan baik untuk umat Islam.
Tetapi Sebaik-baiknya kita beramal lah dengan cara yang tepat jelas dan sahih..
Jika nak bermotivasi orang..ada banyak hadis dan ayat quran
yang boleh dijadikan sandaran..

CONTOH ; sebaik-baik pekerjaan adalah kerja hasil tgn sendiri -riwayat bukhari..

mengenai kelonggaran beramal itu saya tidak berani nak berhujah lebih

cuma bagi pendapat saya.cukuplah orang itu sahaja yang ingin beramal untuk memotivasikan diri jika dia benar-benar terkesan dgn hadis itu walaupun dia sedar ianya tidak benar tetapi jangan sesekali menyebarkan kepada umum..kerna bahaya yang bakal menimpa..

Ancaman daripada Baginda Saw

"Barangsiapa yang berkata dengan mengata atas namakanku padahal aku tidak pernah mengatakannya, maka hendaklah ia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka."

Sejarah Hadis Palsu ini(salah satu)

Diceritakan seorang hamba Allah(tidak ingat nama) telah merekodkan 2ribu lebih hadis palsu..dan hadis itu telah pun tersebar. Dengan takdir Allah, pemuda itu bertaubat dan berazam untuk memperbetulkan kesalahannya dengan merekodkan semual mana hadis palsu dan apakah yg betul.
Malangnya,pemuda itu telah meninggal dunia di saat dia sedang memperbaiki kesilapanya..
Maka tersebarlah baki-baki hadis yang daif dan palsu yang dibuat sewaktu zaman gelapnya



http://rozaimiramle.blogspot.com/2012/11/hakikat-hadis-berniaga-adalah-910-dari.html






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...